Langsung ke konten utama

Featured Post

Padati Alun-Alun, Ribuan Warga Garut Menuntut Inisiator RUU HIP Dipidana

Senin, 6 Juli 2020

Faktakini.net, Jakarta - Beruntun, penolakan terhadap Rencana Undang-undang Haluan Ideologi Pancasila (RUU HIP) kembali menggema di Kabupaten Garut Jawa Barat yang terkenal dengan kota santri nya ini.

Ribuan massa nampak hadir hari Ahad (5/7/2020) di alun-alun kota Garut depan mssjid Agung Garut dengan membawa bendera kebesarannya.

Tak kurang dari 42 Organisasi, Lembaga Swadaya maupun Organisasi Kepemudaan. Baik dari kalangan organisasi keagamaan maupun nasional yang tergabung dalam Aliansi Nasional Anti Komunis Negara Kesatuan Republik Indonesia (ANAK NKRI), dibalut dalam aksi Apel Siaga Garut Anti Komunis Menolak RUU HIP.

Terpantau sejumlah ormas besar seperti Pemuda Pancasila, Ormas XTC Indonesia, Front Pembela Islam (FPI), Kokam (Muhammadiyah), Forum Silaturahmi Santri Garut (FSSG), FKPPI, LSM Gibas, LSM Bergerak dan sejumlah massa santri dari berbagai pesantren di Garut.

Dalam isi surat maklumat aksi apel siaga tersebut, yang ditandatangani oleh ketua perwaki…

Kisah Habib Alwi bin Tohir Alhaddad (Mufti Johor)


Rabu, 1 Juli 2020

Faktakini.net

Al Allamah Al Muarrikh Ad Dae’I Ilallah Habib Alwi bin Tohir al Haddad (Mufti Johor)

Berikut merupakan sedikit pengkajian hamba dan pengumpulan bahan berkaitan al Habib Alwi Bin Tohir al Haddad (Gambar - gambar kebanyakan di peroleh melalui kiriman via Whatsapp oleh Habib Muhammad Bin Alwi al Haddad anaknya di Saudi)

NASAB KETURUNAN

Habib Alwi bin Tohir bin Abdullah (Haddar) bin Toha bin Abdullah bin Toha bin Umar (adik beradik kepada Imam Habib Abdullah Al Haddad) bin Alwi bin Muhammad bin Ahmad bin Abdullah bin Muhammad bin Alwi bin Ahmad (orang pertama diberi gelaran Al Haddad) bin Abu bakar bin Ahmad bin Muhammad bin Abdullah bin Al Faqih Ahmad bin Abd Rahman bin Alwi (Ammul Faqih Muqaddam) bin Muhammad Sohib Mirbat bin Ali Khali’ Qasam bin Alwi bin Muhammad bin Alwi bin Ubaidillah bin Imam Ahmad Muhajir bin Isa sehinggalah sampai Rasulullah S.A.W melalui zuriat Sayyidina Husien R.A.

Kelahiran Beliau dilahirkan di Qaidun salah sebuah tempat di Wadi Dau’an di Hadhramaut bertepatan pada Hari Jumaat semasa waktu solat atau selepas solat Jumaat pada 16 Syawal 1301 H. Ayahnya wafat semasa beliau masih kecil dan dibesarkan dengan penuh kasih sayang dan dicurahkan segala keilmuan kepadanya oleh ibunya sendiri iaitu Syarifah Syifa’ Binti Isa Al Habsyi dan abangnya iaitu Habib Abdullah Bin Tohir Al Haddad.

Beliau amat bersungguh dalam menuntut ilmu bahkan pelbagai kitab dan matan yang beliau pelajari dan hafal. Pada usia kecil lagi beliau sudah mampu menghafal Al Quran 30 juzuk, Matan Alfiah Ibnu Malik dan beberapa matan lain hanya mengambil masa selama 3 bulan sahaja. Semasa berumur lingkungan 11 tahun, beliau berpindah ke sebuah tempat yang bernama Desa Khali’ Rasyid yang merupakan perkampungan saudaranya yang lain pada tahun 1312 H. Maka bermulalah pengajian khusus beliau dengan membaca beberapa kitab penting pada permulaannya seperti kitab Mukhtasar Sogir (Mukhtasar Latif) pada ilmu Fiqh.

Beliau juga sering melazimi Al Allamah Habib Abdullah Bin Muhammad Bin Ahmad Al Habsyi dan Al Allamah Habib Abd Rahman Bin Hasan Al Habsyi.Dalam waktu yang tidak panjang beliau kembali sekali lagi ke kampung halamannya iaitu di Dau’an dan meneruskan pengajiannya dengan Al Allamah Syeikh Abdullah Bin Abu Bakar Al Khatib sehingga mengkhatamkan Kitab Minhaj (Imam Nawawi) dan menghafal pelbagai matan. Kesempatan yang ada beliau gunakan sebaiknya dengan pelbagai disiplin dalam menuntut ilmu.

Pada tahun 1316 H, beliau bertemu dan mengambil beberapa mutiara ilmu dan faedah daripada Syeikh Muhammad Bin Tohir Bin Umar Al Haddad yang datang daripada Jawa, Indonesia.Beliau membaca beberapa kitab didalam Ilmu Fiqh, Hadis dan Tasawwuf.Bahkan, beliau juga sempat membaca Kitab Sohih Imam Bukhori, Sunan Tirmizi, Al Iqna’, Ihya’ Ulumuddin dan kitab - kitab yang lain lagi.

GURU - GURU

Habib Alwi Bin Tohir mempunyai lebih daripada 50 orang guru yang beliau sering lazimi daripada negara dan kawasan yang berbeza antaranya ialah 

1. Al Allamah Habib Ahmad Bin Hasan Al Attas (Wafat di Huraidhah yang merupakan guru utamanya)

2. Al Musnid Al Allamah Habib Idrus Bin Umar Al Habsyi (Pengarang kitab Iqdu Yawaqit)

3. Al Allamah Al Arifbillah Habib Ali Bin Muhammad Al Habsyi (daripada Habib Ali beliau mendapat pelbagai amalan dan ijazah termasuk Hadis Musalsal Bil Musofahah dan lain - lain lagi)

4. As Syeikh Al Allamah Abu Bakar Bin Ahmad Al Khotib At Tarimi

5. As Syed Al Adib Habib Abu Bakar Bin Abd Rahman Ben Syihab (beliau menerima pelbagai ijazah dan segala sanadnya daripada Habib Abu Bakar)

6. Al Allamah Syeikh Muhammad Zahid Al Kauthari (daripadanya Habib Alwi menerima pelbagai ijazah dan sanad. Beliau juga memberikan Ijazah kepada Syeikh Muhammad Zahid Al Kauthari.

7. Al Hafiz Al Musnid Dunia Syeikh Abd Hay Kattani Al Idrisi Al Hasani

8. Al Allamah Al Musnid Syed Ali Bin Muhammad Battoh Al Ahdal dan ramai lagi para alim ulamak yang beliau sempat menuntut ilmu dan mengambil pelbagai mutiara ilmu daripada mereka.

HABIB AHMAD BIN HASAN AL ATTAS GURU YANG PALING AKRAB

Habib Alwi mempunyai kedudukan yang istimewa disisi Al Allamah Al Habib Ahmad Bin Hasan Al Attas yang pada masa tersebut merupakan seorang ulamak yang menjadi rujukan orang ramai dari pelbagai tempat. Bahkan namanya masyur disebut para alim ulamak dari luar negara kerana keilmuan dan adabnya serta merupakan antara pendakwah yang menyebarkan Thoriqah A‘lawiyah ke negara luar pada zamannya.

Habib Alwi banyak mendapat tarbiyah rohaniyah dan suluk daripada beliau. Al Allamah Habib Ali Bin Ahmad Bin Hasan Al Attas berkata mengenai perhubungan antara Habib Alwi Bin Tohir Al Haddad dengan ayahnya bermula pada tahun 1317 H.Tetapi perhubungan yang hakiki dan ikatan yang terjalin bermula dari tahun 1326 H - 1334 H iaitu sekitar 8 tahun beliau bersuhbah dan berada dibawah pentarbiyahan Al Allamah Al Habib Ahmad Bin Hasan Al Attas.

Pada waktu dan kesempatan itulah beliau menghimpunkan dan mengumpulkan segala nasihat dan untaian perkataan daripada Habib Ahmad Bin Hasan Al Attas didalam sebuah kitab khas. Apabila gurunya tersebut melihat dan meneliti himpunan nasihat dan perkataannya yang dibukukan oleh Habib Alwi, maka beliau berkata “Sesungguhnya apa yang telah ditulis dan dikumpulkan olehnya (Habib Alwi) terlebih banyak manfaat dan berkekalan faedahnya daripada segala karomah.Kerana karomah akan pergi dengan beredarnya waktu manakala ini (buku himpunan perkataan) akan kekal manfaatnya”. Habib Alwi telah membacakan Kitab Rehlah Dau’aniyah yang ditulisnya kepada Habib Ahmad Bin Hasan Al Attas dan mendapat pujian dan sokongan daripada beliau.

Sepanjang beliau bersama Habib Ahmad Bin Hasan Al Attas, beliau sempat mempelajari dan menghabiskan beberapa buah kitab yang berlainan ilmunya seperti Sunan Sittah, Riadhus Solihin (Imam Nawawi), Syifa’ (Qadhi I’yadh), Bulughul Maram (Al Hafiz Ibnu Hajar Al Asqolani), Al Jami’ Soghir (Imam Sayuthi), Syarah A’ini A’la Bukhori, Thabat Syeikh Muhammad A’bid (Hasru Asy Syarid), Dhowabitu Al Jalilah Lil Asanid Al A’liyah, Simtu Al Majid (Imam Asy Syasyi),

MENGASASKAN RABITHAH ALAWIYAH

Para zuriat keturunan rasulullah S.A.W baik daripada silsilah Sayyidina Hasan mahupun Sayyidina Husien berkembang dengan banyak dan tersebar ke seluruh dunia.

Pada masa kekhalifahan Abbasiyah yang bertapak di Mesir ketika itu, para zuriat keturunan Sayyidina Hasan diberi gelaran “Syarif” dan memakai serban berwarna putih.Manakala para zuriat keturunan Sayyidina Husien pula diberi gelaran “Sayyid” dan memakai serban berwarna hijau untuk membezakan antara orang awam dan ahl bayt Rasulullah S.A.W.Sehingga kini penggunaan nama tersebut masih digunakan dan ramai juga dalam kalangan mereka dipanggil “Habib/Hubabah” “Sayyid/Sayyidah” “Syarif/Syarifah” yang menunjukkan pengkhususan gelaran tersebut kepada Ahl Bayt Rasulullah S.A.W.daripada Sayyidina Hasan (ramai di Hijaz, Maghribi dll) dan Sayyidina Husien (ramai di Hadhramaut, Nusantara dll).

Demi untuk menjaga kesucian nasab mulia ini daripada disalahgunakan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab seperti meletakkan gelaran tersebut pada orang awam atau mengaku sebagai keluarga Rasulullah tetapi hakikatnya bukan. Disamping itu, untuk memelihara hubungan baik antara sesama keturunan Arab Hadhramaut juga, maka pada tahun 1928 M beberapa tokoh dan ulamak Arab Hadhramaut mengasaskan satu ikatan organisasi yang dinamakan Rabithah Alawiyah yang antaranya bertujuan untuk mengadakan satu badan bertugas mencatat dan merekodkan keluarga Sayyid yang berkembang di nusantara.

Bagi merealisasikan maksud tersebut, pada 10 Mac 1932 M Rabithah Alawiyah secara rasmi membentuk “Maktab Daimi” sebagai satu lembaga khas yang ditugaskan untuk memelihara sejarah dan silsilah keturunan Rasulullah S.A.W yang berada di Indonesia. Penubuhan ini telah mendapat persetujuan dan kebenaran daripada beberapa tokoh ulamak antaranya Habib Alwi Bin Tohir Al Haddad, Habib Ahmad Bin Abdullah As Segaf dan Habib Ali Bin Abd Rahman Al Habsyi (Kwitang) sebagai pengasas utama penubuhan Rabithah Alawiyah dan Maktab Daimi. Jumlah keluarga Alawiyyin yang dicatatkan pada tahun 1937 M adalah seramai 17,000 orang di Indonesia.

Selepas diperbaharui segala maklumat dan data, diantara tahun 1937 M - 2002 M terdapat 100 000 orang Sayyid yang namanya telah didaftarkan didalam buku besar nasab setebal 15 jilid. Dalam hal menerbitkan buku nasab, ketika pengurus Rabitah Alawiyah menghadiri satu persidangan di Libya pada tahun 2006, Maktab Daimi mendapat pujian dan pengiktirafan daripada pemimpin lembaga nasab Ahl Bayt dunia.

BERKHIDMAT SEBAGAI MUFTI JOHOR 

Pada akhir tahun 1368 H bersamaan 1946/47 M Habib Alwi Bin Tohir Al Haddad dilantik menjadi Mufti Johor setelah mendapat restu dan keizinan daripada Sultan Ibrahim Bin Abu Bakar yang merupakan Sultan Johor pada masa tersebut.Kesultanan Johor terkenal dengan kasih sayang mereka terhadap keluarga Rasulullah S.A.W sehingga ramai para pendakwah mahupun Mufti di negara tersebut daripada keluarga Rasulullah S.A.W diberi kedudukan yang istimewa.

KARYA PENULISAN

Habib Alwi mempunyai karya penulisan yang banyak sama ada daripada Bahasa Melayu mahupun didalam Bahasa Arab sendiri.Kitab - kitab yang dikarang beliau menampakkan kealiman beliau yang mampu menguasai pelbagai bidang ilmu sama ada didalam Ilmu Aqidah, Fiqh, Tarikh, Hadis dan lain lagi.Bahkan sehingga kini masih terdapat kitab - kitab beliau yang belum dicetak dan masih berada didalam jagaan dan simpanan.Antaranya ialah

Ulum

Syariah

Aqidah
• Al Amali Fi Tauhid 

Al Quran dan Ulum Al Quran
• Al Amali Fi U’lumi Al Quran
• Al Amali Fi Tafsir
• Al Kalimatul Jamiah Fi Tafsir Surah Al Waqiah
• Risalah Fi A’damil Jawaz Terjematu Al Quran

 Hadis
• Al Amali Fi U’lumil Hadis
• Az Zahrul Faih Fi Takhrij Ahadis Nasoih 

Fiqh
• Al Fatawa
• Dhau’ul Qarihah
• I’anatun Nahidh Fi I’lmil Faraidh
• Ahkamul Ankihati Wal Qadha (Bahasa Melayu)
• Risalah Fi Hukmil Mal Dhoi’
• Iqamatud Dalil A’la Istihbabi Taqbil 

Ulum Lughah Arabi
• Alfaraid Lukluiyah Fi Qawaid Nahwiyah
• Diwan Syair

Ulum Al Ijtimai’yah
(Ilmu Sejarah, Biografi dan Ansab) 
• Durus Sirah Nabawiyah (Dua Jilid)
• Mukhtasar Tarikh Ibnu Hassan
• Nurul Absar Fi Terjemah Abdullah Bin Toha Al Haddar
• Tarikh Al Abdul Malik Alawi A’mmul Faqih Muqaddam Wa Ansabuhum
• Tarikh Dukhul Islam Fi Jawa Wa Sumatera Wa Falimbang (Lebih kurang 400 muka surat sebagaimana yang dinyatakan oleh Syed Dhiya’ Syihab)
• Janiyyu Syamarikh Jawab As Ilah Fi Tarikh
• Asy Syamil Fi Tarikh Hadhramaut Wa Makhalifuha
• Al Madkhal Fi Tarikh Dukhul Islam Ila Jazair Syarqi Al Aqso
• U’qudu Al Mas Fi Manaqib Ahmad Bin Hasan Al Attas
• At Tobaqatul A’lawiyah (Dua Jilid)
• Ithmadul Basoir Fi Mazhab Muhajir
• Alqaulu Fasal Fima Li Bani Hasyim Wa Quraisy Wal Arab Minal Fadhl
• Al Amali Fi Tarikh Islam (Tidak sempat disempurnakan)

Geografi, Rehlah dan Falak 
• Majmu’ Fi Ilmil Falak
• Ar Rehlatu Doa’niyah (Merupakan perjalanan beliau bersama gurunya Habib Ahmad Bin Hasan Al Attas ke Kota Doa’n pada tahun 1329 H)
• Basyair Wa Towali’ Su’ud Rehlah Nabi Allah Hud Ar Rudud (Ulum Sabiqah)
• Tahrim Luhumul Qiso’
• Ar Raddu A’la Ibnu Nu’man Fi Dafi’e Zakah Ila Sultan
• Ar Raddu Qaedah Ibnu Khaldun
• Tazyilu A’lal Bayanil Jali Fi Ansabi Sadah Bani Alawi
• Iqamatu Dalil A’lal Aglat Al Halabi Fi Naqdihi Lil Atbil Jamil
• Anwarul Quran Fi Raddi Dajjal Qadiani
• Ar Raddu A’la Dajjal Yafi’ Ahmad Ato’ Al Harazi

Al Asanid 
• Al Khulasoh Syafiyah Fil Asanid A’liyah
• Mukhtasar Iqdul Li Al Fi Asanid Rijal Wa Iqdu Li Aidrus Bin Omar Al Habsyi.

MURID - MURIDNYA

Adapun murid - muridnya tersangat ramai antaranya ialah 

1.Al Allamah Al Muhaqqiq Habib Abdullah Bin Hasan Bilfaqih

2.Al Allamah Al Muhaddis Habib Ali Bin Muhammad Bin Yahya

3.Al Allamah Al Musnid Habib Salim Bin Jindan (Musnid Indonesia)

4.Al Allamah Musnid Dunia Syeikh Yasin Bin Isa Al Fadani

5.Al Allamah Al Musnid Habib Ibrahim Bin Umar Bin Agil Ben Yahya

6.Al Allamah Al Musnid Syeikh Hasan Bin Muhammad Masyauth

7.Al Allamah Al Musnid Haramain Syeikh Omar Hamdan Mahrasi

8.Al Allamah Sayyid Alawi Bin Abbas Al Maliki Al Hasani

9.Al Allamah Al Musnid Habib Salim Ben Hafiz (Musytoh)

10.Al Allamah Al Musnid Habib Abu Bakar Bin Ahmad Bin Husien Al Habsyi

11.Al Allamah Ad Daei Habib Ahmad Masyur Bin Toha Al Haddad

12.Al Allamah Ad Daei Habib Ali Bin Syeikh Bilfaqih

13.Al Allamah Kabir Habib Hamid Bin Abd Hadi Al Jailani

14.Al Allamah Habib Ahmad Bin Muhammad Al Haddad

15.Anak - anaknya sendiri iaitu Tohir, Hamid dan Abdullah 

KEWAFATANNYA

Setelah sekian lamanya beliau berkhidmat kepada masyarakat dan menumpukan sepenuh masanya dengan ilmu dan amal, maka pada pada bulan Jamadil Awal tahun 1382 H beliau telah dicabut nyawanya dan bertemu dengan kekasihNYA semasa usianya sekitar 81 tahun. Beliau meninggalkan 6 orang anak lelaki iaitu Syed Tohir (wafat 1390H), Syed Abdullah (1410H), Syed Hamid (1417H), Syed Husien, Syed Ali dan Syed Muhammad.

Postingan populer dari blog ini

Para Mahasiswa Papua Datangi Markas Laskar FPI Kota Malang Minta Perlindungan

Rabu, 21 Agustus 2019
Faktakini.net, Jakarta - Yaqub bersama para Pelajar dan Mahasiswa dari Papua mendatangi Markas FPI Kota Malang guna meminta pengamanan. Yakub dan para pelajar Papua mengaku sudah sangat putus asa, khawatir atas keselamatan mereka, usai insiden bendera Merah Putih dibuang ke selokan di Surabaya yang berujung penangkapan 43 Mahasiswa Papua dan kemudian terjadi kerusuhan di Papua dan Papua Barat, Senin (19/8/2019).
Andre Aston Wali Laskar LPI Kota Malang dengan senang hati menerima Kedatangan mereka dan memberikan pengamanan.
Andre meminta para pelajar agar tetap bersekolah dan kuliah di kota Malang, dan FPI kota Malang siap melindungi mereka.
"Sesuai dengan instruksi Panglima Besar LPI (Ustadz Maman Suryadi), diketahui oleh Imam Besar (Habib Rizieq Shihab), kami melindungi orang-orang Papua yang ada di Malang, kami melindungi orang-orang Papua yang sedang belajar di kota Malang. Jadi kalau ada gangguan segala macam, tidak sempat lapor ke pihak (aparat), l…

Kerap Hina Habib Rizieq Dan Anies, Saat Sakit Hingga Meninggal Anies Yang Mengurusnya

Senin, 13 April 2020

Faktakini.net

Hari ini saya harus ucapkan terimaa kasih kepada senior saya abangda Lukman Hakiem yang mantan anggota DPR dan penasihat ahli Wapres Hamzah Haz serta staf perdana menteri M Natsir... Beliau dengan lapang hati meminta bantuan langsung kepada Gubenur DKI Anies Baswedan atas segala kendala selama senior saya AE Priyono di rawat di rumah sakit, mulai dari pemintaan tes swab corona hingga pencarian rumah sakit, hingga proses pemakaman.

''Saya terima kasih kepada Anies Baswedan yang merespons WA saya dengan cepat soal perawatan kepada sahabat saya AE Priyono. Begitu saya WA dan telepon, langsung Anies mengerahkan tenaga medis ke AE Priyono.

Bahkan ketika saya kabari bila AE wafat, Anies langsung respons dengan mengatakan bantuan apalagi yang masih bisa dilakukan? Saya jawab dengan minta agar bantu soal pemakamannya. Anies jawab Okey. Di situ Saya terharu,'' katanya.

Mengapa terharu? Abangda Lukman mengatakan karena dia tahu AE Priyono seri…

Bukan Level Indonesia Lagi, Anies Resmi Masuk 20 Besar Tokoh Dunia!

Rabu, 24 Juli 2019

Faktakini.net, Jakarta - Sudah sejak lama masyarakat internasional mengagumi Gubernur DKI Anies Baswedan. Ketokohan dan kemimpinan Anies itu skalanya sudah bukan nasional atau Indonesia lagi, tapi sudah termasuk tokoh dunia.

Sejak tahun 2010, Anies telah terpilih sebagai satu dari 20 tokoh yang membawa perubahan dunia untuk 20 tahun mendatang oleh majalah Foresight yang terbit di Jepang akhir April 2010.

Dalam edisi khusus yang berjudul '20 Orang 20 Tahun', itu Foresight mengulas 20 tokoh yang diperkirakan bakal menjadi perhatian global karena mereka akan sangat berperan dalam perubahan dunia dua dekade mendatang.

Nama Anies yang saat itu masih menjadi Rektor Universitas Paramadina itu dicantumkan bersama 19 tokoh dunia lain seperti Perdana Menteri Rusia Vladimir Putin, Presiden Venezuela Hugo Chavez, Menlu Inggris David Miliband, anggota Parlemen dan Sekjen Indian National Congress India Rahul Gandhi, serta politisi muda Partai Republik dan anggota House o…